--basic H shaklee--
adalah produk pencuci yang sangat-sangat ena admire
serba serbi memang ena gunakan basic H untuk kehidupan ena sekeluarga
nak tahu apa kebaikan dan manfaat basic H shaklee nie
teruskan membaca yea =)
Pastikan anda memiliki sebotol basic-H dirumah, kerana kehebatannya, sangat jimat, penggunaan hanya beberapa titik sahaja dan kerana anda sayangkan alam semesta ini.
Ianya dihasil dari perca-perca vitamin shaklee dan mempunyai molikul yang sangat halus dan lebih lembab dari air, ‘smaller than water and wetter than water’ maknanya lebih bersih dari air dan mampu menjangkau ketempat lebih sempit yang molekul air tak mampu melepasi.
Basic-H, Pencuci Organik ShakleeSatu kisah menarik tentang Basic-H ni, kisah di Amerika, seorang ni dapat hadiah basic-H dari kawan dia, tapi tak kenal maka tak cinta. Pencuci organik tu dia biarkan saja dalam keretanya.
Pada suatu hari kebetulan pencuci dirumahnya habis dan barulah dicubanyanya untuk mop lantai, cuci dapur bekas masak, cuci cermin, cuci kereta dan lain-lain dan hasilnya sungguh fantastik.
Akhirnya kerana terlalu excited dengan kegunaan seribu guna Basic-H yang juga sangat lembut dan mencantikkan kulit tangannya berbanding pencuci-pencuci lain yang pernah digunakannya, maka beliau telah memperkenalkan kepada kawan-kawan dan sesiapa sahaja sehingga mencapai pangkat Master coordinator shaklee.
Dipendekkan cerita, pada suatu hari doktor Forest C Shaklee datang berjumpa beliau bertanya kenapa beliau hanya menjual Basic-H Shaklee, adakah beliau tidak suka pada lain-lain produk shaklee?
Beliau terkejut dan berkata dia ingat Shaklee cuma ada basic-H..??
Basic-H, Pencuci Organik ShakleeBasic H adalah untuk beribu-ribu pekerjaan isi rumah
-Kepekatan yang tinggi – 16 auns boleh dicairkan dengan 48 gelen air menjadi pembersih berkuasa tetapi lembut dan halus pada kulit.
Pembersih serbaguna dan berkuasa menghilangkan kotoran,gris, dan kotoran dari permukaan mana-mana boleh dbasuh didalam dan diluar. cairkan mengikut arahan
-Tiada bilas, tiada sisa, formula bebas coretan, tanpa toksik
-Asli dan semulajadi
-Surfaktan biodegrasi
Cara mengguna:1-cara termudah masukkan dalam 10 titik dalam botol spray shaklee atau mana2 botol spray, penuhkan air dan gunalah untuk cuci meja, dapur, cermin dan apa saja permukaan.
2- Mop lantai titikkan dalam 10-15 titik makin kering makin bersih dan selamat kalau ada baby yang kutip-kutip makanan di lantai.
3- Basuh mangkuk tandas dan sebagainya semua titikkan beberapa titik sahaja, berus dan akan kelihatan bersih bersinar dan tahan lebih lama.
4- Cuba sendiri keatas apa sahaja cucian dan seribu guna boleh tahan sehingga 6 bulan, Pastikan setiap rumah ada sebotol Basic-H.
Kelebihan: melarutkan minyak dengan mudah, kebanyakan kotoran adalah oil base, kain pengelap/mop dsb cuma perlu di bilas saja sudah bersih dan lalat tak datang sebab tak suka bau dia, padahal lembut sahaja.
Basic-H Pakaging Lama
Tahukah anda?Kebanyakkan bahan pencuci serbaguna mengandungi toksin yang boleh meresap ke dalam badan melalui kulit atau pernafasan. Bahan pelarut sintetik boleh mengganggu keseimbangan hormon. Bahan pelarut organik seperti butyl cellosolve merupakan sejenis neurotoksin dan bahan yang merengsakan hidung. Morfolin merupakan bahan toksik yang boleh meroksakkan hati dan ginjal. Ammonia yang terkandung dalam bahan pencuci kaca merupakan sejenis bahan racun Pekatan Pencuci Super Organik BASIC H tidak mengandungi bahan-bahan di atas mahupun bahan-bahan berbahaya yang lain.
Perbezaan ShakleeSelamat-Tidak bertoksik
-Tanpa gas beracun
-Tanpa bahan kimia berbahaya
-Tanpa bahan pewangi
-lembut pada tangan
-PH seimbang
-Tanpa klorin
Mesra Alam-Ramuan semulajadi yang diekstrak daripada jagung dan kelapa
-Biorosot
-Tanpa fosfat
-Bungkusan yang boleh kitar semula
-tanpa bahan pewarna
-Selamat untuk sistem septik dan pembentungan
Testimoni:Terkena minyak panas dan sebagainya sangat-sangat hebat, 16 tahun lalu, ada kawan shaklee, balik kampung raya, malam raya masak rendang malangnya terlanggar macamana kuali minyak panas terbalik kena kedua-dua tangan beliau.
Balik kampung memang dia bawa dalam sepuluh botol Basic-H untuk pelanggan, maka buka dua botol masuk dalam besin besar, bila celup dalam tu sejuk, keluar panas dan terus rush ke klinik berdekatan.
Sampai diklinik doktor cek semua ok, tak ada otot yang mengecut dsb. Balik ke KL kami terkejut tengok kedua tangan putih2 macam sopak tapi yang penting otot dia tak mengecut dan slowly warna kulit balik ke asal.
Nota Khas: Pastikan ada sebotol dirumah tanda kasih sayang kita kepada alam.
KEGUNAAN & CARA1. Mencuci & membersih sayur-sayuran dan buah-buahan daripada racun & bahan kimia
Isikan air ke dalam besen dan masukkan 5 titik basic-h. Biarkan selama 5 – 10 minit
2. Mencuci & membersih ikan, ayam & daging & makanan laut daripada bahan awet
Isikan air ke dalam besen dan masukkan 2-3 titik basic-h. Biarkan selama 5 – 10 minit
3. Mencuci & membersih makanan basah spt. Mee kuning, kuehtiau dsbnya daripada bahan awet
Isikan air ke dalam besen dan masukkan 2-3 titik basic-h. Biarkan selama 5 – 10 minit
4. Mencuci & membersih tempat dan peralatan memasak (terutama yang berminyak)
Isikan air ke dalam baldi dan masukkan satu sudu teh basic-h dan gunakan untuk mencuci peralatan memasak
5. Mencuci & membersih bilik air, tandas, tangki, sinki, cermin tingkap, rak buku, almari dsbnya
Isikan air ke dalam baldi dan masukkan satu sudu teh basic-h kemudian mopkan atau lapkan tempat yang hendak dibersihkankecuali bilik air dan tandas perlu diberus
6. Mencuci badan, tangan dan kaki daripada daki kotoran, pijar lada, dakwat marker pen, minyak dsbnya
Basahkan tangan dengan air kemudian tuangkan 2-3 titik kemudian digosok-gosok serta bilas
7. Mencuci & membersih lantai serta alat permainan
Isikan air ke dalam baldi dan masukkan satu sudu teh basic-h kemudian cuci alat mainan dan dibilas manakala cucian lantai tidak perlu dibilas selepas lantai dimop kerana ia mudah kering dan tidak melicinkan lantai
8. Menanggalkan gula-gula getah pada baju dsbnya
Titikkan 5 titik di sebelah belakang baju yang terkena gula getah kemudian digosok-gosok hingga tertanggal
9. Mengasah pisau
Titikkan 4-5 titik pada pisau dan asah pisau seperti biasa sehingga tajam
10. Membersih dakwat pen pada tangan, baju dsbnya
Titikkan 4-5 titik di tempat terkena dakwat, digosok dan kemudian dibilas
UNTUK KECEMASAN : KEGUNAAN & CARA1. Menghapuskan kutu di atas kepala
Basahkan rambut dan ambil 10 titik basic-h dan lumurkan ke atas kepala dan ratakan. Setelah selesai balutkan kepala dengan kain tuala bersih dan biarkan selama 10-15 minit barulah dibilas
2. Terkena minyak, air panas atau melecur terkena benda panas
Sapukan terus basic-h ke atas tempat yang terkena tadi dan kulit tidak akan menggelembung atau melecur bahkan akan rasa sejuk.
3. Menghindarkan & membunuh serangga seperti lipas, nyamuk, semut, lalat dsbnya
Tuangkan 4-5 titik basic-h ke dalam botol semburan bunga yang dicampur air kemudian goncang dan semburkan kepada serangga
4. Demam panas (sebelum berjumpa doctor)
Tuangkan 4-5 titik basic-h ke dalam besen kecil yang mengandungi air.Kemudian sapukan atau lumurkan ke seluruh badan dan kepala.
5. Sakit gigi
Masukkan 4-5 titik basic-h ke dalam cawan yang dicampur air kemudian kumur. Sekiranya sakit pada gigi berlubang titikkan 2-3 basic-h pada kapas dan letakkan pada tempat yang sakit.
6. Gatal-gatal pada badan atau miang (masalah kulit)
Tuangkan 4-5 titik ke dalam gayung. Kemudian gosokkan ke seluruh tempat gatal dengan menggunakan span mandian dan dibilas.
7. Ulser dan mulut berbau
Tuangkan 4-5 titik ke dalam gelas kemudian kumur (sekerap mungkin)
8. Penyubur tanaman dan penggembur tanah
Air lebihan cucian basic-h boleh disiram pada pokok bunga dan tanaman lain untuk membantu kesegaran dan kesuburan.
9. Menghilangkan karat dan daki pada barang kemas, jam tangan dsbnya
Tuangkan 4-5 titik basic-h ke dalam mangkuk kecil kemudian rendamkan dan biarkan selama 15-30 minit, karat dan daki akan tanggal serta kelihatan kilat seperti baru.
Apa kegunaan Basic H?1. Saya guna untuk cuci sayur dan buah2an sebelum masak dan beri anak saya makan.
2. Saya guna untuk cuci luka atau melecur dan ianya buat luka /lecur cepat kering.
3. Saya guna untuk membersihkan meja makan rumah dan rak dapur supaya semut tak memenuhi ruang tersebut.
4. Saya guna untuk pastikan sinki saya tak tersumbat.
5. Saya guna untuk mop lantai dalam keadaan nak cepat.
6. Saya guna air basuhan untuk siram pokok yang hidupnya segan mati tak mahu supaya ia segar semula.
7. Saya gunakan basic H buat tuam kepala anak saya bila mereka demam.
8. Saya mandikan anak saya dengan basic H bila mereka kena gatal2 atau gigitan serangga.
9. Saya letakkan basic H dalam toilet utama serta dapur agar mudah capai bila diperlukan.
10. Saya gunakan Basic H untuk keluarkan gula2 getah yang melekat pada baju atau pakaian anak2 dengan senang sekali.
11. saya gunakan Basic H untuk lap cermin rumah supaya lebih bersih dan bersinar.
12. Basic H bagus digunakan untuk mencuci botol susu anak serta lampai pakai semula [ cloth diaper] dengan lebih bersih.
1001 Kegunaan Basic H Shaklee nie kan...
rugi kiranya tiada sebotol di rumah...
Berminat?
Cepat-cepat hubungi Ena =)
Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)