Saturday 23 August 2014

Kebaikan dan Faedah Ostematrix Shaklee ~ KALSIUM MAGNESIUM TERBAIK

Assalammualaikum & Salam Kasih Sayang,

Supplemen kalsium Shaklee dikenali sebagai Ostematrix.. Gabungan Kalcium Magneisum lengkap dengan vitamin D, sebiji Ostematrix membekalkan 250mg Kalsium dan 100IU Vitamin D. Maka, untuk mendapatkan 100% nilai harian Vitamin D dan Kalsium, anda perlu ambil sebanyak 4 biji OsteMatrix setiap hari..

Supplemen kalsium Shaklee tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

Mari kita berkenalan dengan lebih lanjut,

Ostematrix shaklee

Ostematrix - Membantu Mengurangkan Risiko Osteoporosis

Kalsium dan Vitamin D yang mencukupi sepanjang hayat yang merupakan sebahagian daripada diet yang seimbang berupaya mengurangkan risiko osteoporosis. Sebagai tambahan bagi membina tulang dan gigi yang kuat, nutrisi yang terdapat di dalam OsteMatrix berupaya:

  • Membantu mengekalkan tekanan darah yang normal
  • Membantu dalam pengecutan otot dan pelancaran saraf
  • Menolong mengurangkan simptom-simptom senggugut seperti perut kembung, kekejangan, retensi air, mudah eradang dan kemurungan
Ostematrix Membekalkan:

1,000 mg (100% DV) unsur kalsium daripada sumber-sumber yang mempunyai tahapkepekatan yang tinggi dan mudah diserap dari alam semula jadi
400 mg (100% DV) magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalamtulang serta menguatkannya
400 IU (100% DV) vitamin D untuk merangsang penyerapan kalsium
Kaplets bersalut yang mudah ditelan


Sajian harian hanyalah sebanyak empat kaplet. Untuk hasil yang lebih baik, ambil dua biji kaplet, dua kali sehari berserta makanan.

Kandungan Ostematrix Shaklee

Kalsium sahaja tidak mencukupi;

Negara Amerika Syarikat merupakan kadar tertinggi dalam penggunaan tenusu dan pengambilan kalsium, namun mereka merupakan kadar tertinggi dalam osteoporosis.

Bayangkan kalsium sebagai batu-bata dalam proses pembinaan tulang-temulang yang kuat dan sihat. Batu-bata ini akan lebih kuat dan lebih seimbang jika digabungkan bersama mortar. Mortar mengandungi vitamin D, magnesium, boron, zink, tembaga dan mangan.

Dengan gabungan nutrisi ini, kalsium mendapat sokongan yang diperlukan untuk membina tulang yang kuat ketika anda muda serta meminimumkan kereputan tulang ketika anda tua.

Pengambilan hanya 4 biji OsteMatrix sahaja berupaya menghasilkan peningkatan ketara dari segi statistik dalam paras kalsium darah yang disukat dalam suatu tempoh 12 jam. Bagi membolehkan badan kita menggunakan kalsium untuk membina dan memelihara kekuatan tulang, kalsium perlulah diserap terlebih dahulu.


*** Pengambilan kalsium sepanjang hayat juga diet yang seimbang serta senaman yang teratur berupaya mengurangkan risiko osteoporosis.


KESIMPULANNYA

✔ Jika anda adalah seorang yang mudah stress, mudah kejang, ada masalah water retention, sembelit dan pra haid, pastikan anda memberi peluang diri anda mengubah nasib anda dengan Ostematrix.

✔ Jika anda seorang yang bekerja dan sering keletihan, ostematrix antara jawapan terbaik membantu anda kekal bertenaga dan bersemangat!
✔ Jika anda seorang ibu mengandung, ostematrix membantu mengelakkan kekejangan dan sakit tulang belakang.

✔ Jika anda seorang ibu yang menyusu, ostematrix membantu pengeluaran susu anda dengan lebih baik provided prinsip utama penyusuan diamalkan.

✔ Jika anda seorang wanita, ostematrix membantu mengurangkan risiko kereputan tulang (osteoporosis)

✔ Jika anda mempunyai masalah berat badan berlebihan, anda perlukan ostematrix demi memastikan kepadatan tulang anda mengampu tubuh badan anda!


OSTEMATRIX SHAKLEE SESUAI PADA
✔ Mereka yang selalu mengalami sakit2 kaki, sakit2 sendi, sakit di bahagian tulang belakang, sejuk2 badan, rasa bisa di tapak kaki, kebas atau terasa seperti kaki dicucuk2 dengan jarum.

✔Sakit kepala yang teruk dan berhari2.

✔Mereka yang mempunyai masalah pecah2 di telapak kaki dan rekahan di tumit kaki.

✔ Mereka yang sedang menjalani fisioterapi.

✔ Mereka yang mempunyai masalah kekangan pengambilan bahan2 tenusu seperti susu. Mereka yang mudah keletihan dan tidur yang kurang membuatkan golongan ini mudah letih dan sukar untuk bangun tidur.

✔ Mereka yang mengalami PMS yang sangat teruk sehingga terpaksa mengambil pil penahan sakit setiap kali datang bulan.

✔ Mereka yang mempunyai masalah kesihatan yang berkaitan dengan darah.



Manfaat Utama Ostematrix

☁ Menguatkan Tulang ☁
Kalsium menghalang osteoporosis, menguatkan kuku, kerangka gigi, sistem saraf. Ia juga merawat tulang retak, osteomalacia (rickets dewasa), kuku rapuh, eczema, konvulsi/kekejangan, gusi berdarah dan merangsang darah untuk memekat.


☁ Memperbaiki Kekejangan dan Kebas-kebas ☁
Pengambilan 600mg kalsium sebelum tidur akan memperbaiki kebas-kebas, kekejangan, sakit sendi dan arthritis.



Masa hamil kita kerapkali kejang kaki kan?

☁ Meringankan Stress ☁
Ianya mengimbang tekanan darah, memeliharan denyutan jantung, impuls saraf, penenang saraf, menggalakkan tidur selesa, memperbaiki jantung berdebar, gementar, mimpi buruk dan stress. Ia juga memperbaiki depresi, mood swing, sakit kepala dan pitam.

☁ Memperbaiki Masalah Haid ☁
Kajian menunjukkan dengan pengambilan 1000mg kalsium dan magnesium meringankan sakit semasa haid dan membantu membuang air kecil.

☁ Pengalkalian Tubuh ☁
Kalsium adalah mineral alkalin, dan ianya berkesan memastikan imbangan pH tubuh. Ianya juga menghalang obesity di waktu umur tua. Tambahan pula kalsium membantu sel menyerap nutrient dan merangsang detoksifikasi.

☁ Vitamin D ☁
Dinamakan Vitamin D pada 1916 bila didapati ia mampu merawat penyakit rickets. Ia meningkatkan penyerapan kalsium dan fosforus untuk meninggikan ketumpatan tulang, menguatkan kerangka, memperbaiki penyakit periodontal. Juga bagus untuk mereka yang vegetarian, yang kurang terdedah kepada matahari, individu melebihi 55 tahun, wanita hamil dan kanak-kanak perlu mengambil suplemen Vitamin D.

☁ Magnesium ☁
Magnesium merupakan antara ion positif yang penting didalam tubuh kita. Ianya menggalakkan komposisi tulang dan rawan. Membantu sistem saraf, mengaktifkan enzim tubuh untuk menghasilkan tenaga, pengecutan saraf dan otot, menstabilkan denyutan tidak sekata pesakit jantung, memudahkan rembesan keluar sisa dari perut dan usus, menghalang endapan kalsium, melarut dan mengurangkan formasi batu karang atau batu hempedu. Ianya juga penting untuk mereka yang mempunyai masalah fluktuasi glukos.

☁ Zinc, Boron, Manganes dan Kuprum ☁
Memelihara metabolism kerangka dan pertumbuhan otot, menyusun enzim yang diperlukan un tuk membaiki tulang rawan dan menghalang arthritis.



Bagaimana Memilih Kalsium Yang Bagus?
✔ Pilih kalsium yang turut mengandungi Vitamin D dan Magnesium
✔ Elakkan produk yang diperbuat dari tulang dan dolomite untuk mengelak keracunan plumbum
✔ Elakkan mineral chelated kerana proses tersebut boleh menyebabkan tubuh menyerap logam berat tercemar dan toksin dalam proses menyerap mineral.

Perbezaan Ostematrix Shaklee

Kalsium yang paling seimbang memastikan kadar penyerapannya adalah 99%. Formulanya unik, dibuat dari mineral semulajadi dan garam mineral dari Laut Mati, mengandungi kalsium, magnesium, fosforus dan vitamin D, zinc, kuprum, manganes dan boron. Nutrien-nutrien ini perlu diambil bersama-sama untuk penyerapan oleh tubuh dan menghalang endapan sesetengah mineral. Kajian telah membuktikan suplemen kalsium akan meningkatkan ketumpatan tulang wanita yang telah berumur secara berkesan.

Paling best tentang Ostematrix Shaklee sudah tentu TIADA SILIKA GEL !

Berminat?
Cepat-cepat hubungi Ena =)

Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

No comments:

Post a Comment

Terima kasih dan Sudi Singgah Lagi =)