Tuesday 19 August 2014

Set Bersalin Shaklee Normal atau Czer Pilihan No.1 untuk Ibu Berpantang

Terima soalan dari Pelanggan : Boleh ker set bersalin shaklee nie digunakan untuk yang bersalin czer?

Jawapannya : sudah tentulah BOLEH =)

Set Bersalin Shaklee adalah antara set berpantang yang menjadi kegemaran ibu-ibu pada masa kini baik ibu yang bersalin Normal atau yang bersalin menerusi Pembedahan. Set ini merupakan Set Bersalin Terbaik dan Selamat untuk digunakan oleh ibu Berpantang dan Menyusu tanpa memberikan kesan yang memudaratkan buat ibu dan juga bayi. Malah set bersalin shaklee ini membantu ibu dan bayi lebih sihat.


Untuk memudahkan anda, saya kongsikan 5 soalan popular tentang Set Bersalin Shaklee.

1. Adakah sesuai untuk yang Bersalin Pembedahan?
Set Bersalin ini sangat bagus untuk ibu bersalin secara pembedahan apatah lagi normal.


2. Bilakah boleh mula makan Set Bersalin?
Sebaik sahaja bersalin boleh terus makan set bersalin ini untuk memberikan tenaga dan membantu penyusuan.

3. Adakah selamat untuk ibu dan bayi menyusu?
Set Bersalin Shaklee dihasilkan daripada bahan-bahan semulajadi. Ianya dijamin 100% selamat untuk ibu dan bayi yang menyusu. Ia juga mendapat kelulusan KKM dan halal.


4. Berapa Harga Set Bersalin Shaklee ?
Terdapat 3 pilihan untuk Set Bersalin Shaklee . Ia boleh digunakan selama 3-4 bulan, malah ada yang tahan sehingga 6 bulan.
Set Asas – RM268 ( hanya RM67 sebulan)
Set Extra – RM479 (hanya RM119 sebulan)
Set Premium – RM584(hanya RM146 sebulan)
Nak dapatkan pada harga lebih murah dan jimat? Boleh terus hubungi saya, Ena (01-2449373)

5. Bolehkah nak beli dengan harga ahli?
Sangat boleh. Dapatkan Produk Shaklee pada Harga Ahli di sini.


Set Bersalin Shaklee dibahagikan kepada 3 pakej kombinasi pilihan mengikut kesesuaian keperluan Ibu Berpantang dan juga budget masing-masing. 3 Pakej Set Bersalin Shaklee adalah Set Asas (Rawatan Dalaman), Set Extra (Rawatan Dalaman + Penyusuan) dan Set Premium (Rawatan Dalaman + Penyusuan + Kekal Ramping).




Set Bersalin Shaklee – Set Asas adalah satu kombinasi produk shaklee yang saling melengkapi bagi memenuhi keperluan perawatan dalaman yang optimum bagi ibu-ibu selepas bersalin. Set Bersalin Shaklee – Set Asas mengandungi 4 produk Vitamin Shaklee yang diakui dan mendapat kepercayaan dari ibu-ibu berpantang di Malaysia.



Set Bersalin Shaklee – Set Extra adalah satu kombinasi Set Bersalin Shaklee - Set Asas yang ditambah dengan 2 suplemen yang sangat baik dalam membantu dan menyokong keperluan Nutrisi Ibu Yang Menyusu, di samping memenuhi keperluan perawatan dalaman yang optimum bagi ibu-ibu selepas bersalin. Set Bersalin Shaklee – Set Extra mengandungi 6 produk Vitamin Shaklee yang diakui dan mendapat kepercayaan dari ibu-ibu berpantang di Malaysia.




Set Bersalin Shaklee – Set Premium adalah satu kombinasi Set Bersalin Shaklee - Set Extra yang ditambah dengan 2 suplemen yang sangat efektif bagi menurunkan berat badan dengan cara sihat dan selamat tanpa menjejaskan penyusuan susu ibu, di samping memenuhi keperluan perawatan dalaman yang optimum bagi ibu-ibu selepas bersalin. Set Bersalin Shaklee – Set Premium mengandungi 8 produk Vitamin Shaklee yang diakui dan mendapat kepercayaan dari ibu-ibu berpantang di Malaysia.



Fungsi Dan Kebaikan Set Bersalin Shaklee


1.Vitamin B Complex Dengan Asid Folik
Vitamin B Complex berfungsi melegakan sistem saraf dan memberikan ketenangan kepada seluruh sistem badan. Mengelakkan stress dan meroyan di kalangan ibu berpantang. Membantu meningkatkan pembentukan sel darah merah. Menukarkan makanan yang diambil kepada tenaga, ibu akan lebih bertenaga serta menghindari kegemukan sebab kalori dari makanan tidak tersimpan dalam badan. Memelihara kulit dan lapisan-lapisan kulit dan menstabilkan penghasilan melanin, hasilnya kulit makin lembut dan cerah. Pengambilan yang konsisten akan mengurangkan tanda regangan kulit – stretch marks.



2.VitaLea (Multivitamin)
Vitalea sangat penting untuk ibu berpantang. Membekalkan 23 vitamin dan mineral yang sangat diperlukan oleh tubuh tapi sukar di dapati semasa berpantang sebab banyak makanan yang perlu dielakkan. Disaluti spirulina yang kaya dengan vitamin dan mineral. Mengandungi zat besi, elemen yang paling diperlukan unuk penghasilan darah merah untuk menggantikan darah yang hilang semasa bersalin serta mengelakkan pucat dan tidak bermaya.



3.Vitamin C

Vitamin C mengandungi elemen penyembuhan dan lekatan yang bertindak sebagai pencantum dan penyumbuh luka. Membaik pulih sel dan tisu yang rosak. Meningkatkan imuniti sistem pertahanan badan, faedah ini akan turut mengalir dalam susu badan dan bayi juga akan mendapat manfaatnya. Membantu pembentukan kolagen, menganjalkan kulit. Mengandungi BioFlavonoid yang berfungsi mencantikkan dan mencerahkan kulit, pengambilan secara konsisten dan berterusan akan mengurangkan stretch marks dan parut. Sebiji Vitamin C bersamaan dengan 7 biji buah oren.


4.Zink

Zink paling penting dalam proses pemulihan luka, bersama-sama dengan iamin C dan Protein. Mambaik pulih luka jahitan dan kerosakan tisu dalaman. Ikan haruan kaya dengan Zink sebab itu pengambilannya sangat digalakkan semasa berpantang. Namun harga ikan haruan yang mahal disesetengah kawasan, sukar diperolehi serta rasanya yang agak hanyir membuatkan pengambilannya sering diabaikan oleh ibu zaman moden ketika ini. Oleh itu, pengambilan Zink dalam bentuk tablet adalah solusi yang terbaik. Zink juga sebagai penggalak keinginan seksual, dapat mengatasi masalah kedinginan dalam hubungan intim suami isteri selepas tempoh berpantang.



5.ESP – Susu Soya Protein

ESP Susu Soya Protein baik untuk penghasilan susu yang banyak serta tinggi kandungan antibodi. Ibu Berpantang dan Ibu Menyusu digalakkan mengambil ESP Susu Soya Protein. Pengambilannya sangat membantu dalam pemulihan luka luaran dan dalaman. Mencantikkan kulit. Memejalkan otot. Membantu dalam penurunan berat badan. Membantu menambah penghasilan susu ibu. Membekalkan tenaga dan kecergasan badan.


6.Ostematrix (Kalsium)

Ostematrix adalah kalsium. Bagi ibu yang banyak mengalami luka jahitan bersalin, selalunya berasa takut, fobia atau kurang selesa untuk meneran, terutamanya ketika ingin membuang air besar mahupun air kecil. Pengambilan Ostematrix sangat membantu pergerakan usus bagi menghindari masalah sembelit. Melegakan segala kekejangan otot akibat duduk terlalu lama di kalangan ibu berpantang. Merehatkan otot dan saraf semasa sedang tidur dan ibu akan berasa sangat segar bila bangun pagi. Memenuhi keperluan kalsium untuk tulang, otot dan gigi,mengelakkan kejadian rosak gigi serta kerapuhan tulang. Membantu penghasilan susu ibu yang banyak. Perlu diketahui bahawa Kalsium adalah antara komponen yang penting dalam penghasilan susu ibu.



7.Lecithin

Lecithin Shaklee mengandungi 13 kebaikan untuk kesihatan manusia. Mengandungi choline untuk kecergasan akal. Ibu yang mengambil Lecithin Shaklee semasa menyusu akan mengalirkan choline yang sangat baik untuk otak kepada bayi yang menyusu. Lecithin Shaklee akan memecahkan molekul asid lemak kepada rantaian yang halus dan mudah untuk diemulsi.



8.Alfalfa

Alfalfa Shaklee merupakan tumbuhan yang mengandungi terlalu banyak manfaat kesihatan. Kaya dengan serat, protein, amino asid, klorofil, 15 zat galian, 10 vitamin, 8 enzim dan fitokimia. Memerangkap lemak yang telah dicairkan oleh Lecithin dan akan membawa keluar dari badan. Juga merupakan galactagogue iaitu herba membanyakkan penghasilan susu ibu.


Kesimpulannya Set Bersalin Shaklee diakui dapat memenuhi keperluan ibu berpantang bagi tujuan pemulihan dalaman yang optimum selepas bersalin. Selain itu, Set Bersalin Shaklee juga adalah Set Bersalin yang menjimatkan bagi ibu-ibu kerana ia bukan sahaja untuk kegunaan semasa berpantang, TETAPI ia juga boleh dimulakan semasa kehamilan dan diteruskan selepas berpantang. Ini bermakna kegunaannya tidak terhad semasa berpantang sahaja. Set yang boleh digunakan sepanjang masa adalah sangat berbaloi untuk wang dan juga kesihatan ibu-ibu semua.


Berminat?
Cepat-cepat hubungi Ena =)

Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

No comments:

Post a Comment

Terima kasih dan Sudi Singgah Lagi =)