Tuesday 9 September 2014

Herbal Blend Cream Shaklee Pelbagai Guna

Kebaikan Herbal Blend Shaklee ~ The Magic Cream Ever
Herbal Blend Cream Shaklee
Herbal Blend yang dah lama kehabisan stok kini kembali lagi. Minggu lepas, Shaklee announce bahawa stok Herbal Blend dah sampai..tapi dalam masa sehari, 39,078 tiub Herbal Blend dah out of stock semula..adeh! Nasib baik ena sempat beli beberapa tiub untuk simpanan dan stock ena sendiri... Kalau ada customer yang nak try, kena cepat-cepatlah ye coz stok dah semakin menyusut.

Apalah istimewa sangat Herbal blend ni ye sampai berebut-rebut orang nak beli? 
Di sini ena kongsikan antara kebaikan krim unik ini :-)

1. Merawat eczema dan gatal-gatal akibat gigitan serangga
Herbal Blend sangat berkesan dalam merawat kesan gigitan nyamuk atau serangga. Setiap kali umar terkena gigitan nyamuk atau semut, ena akan cepat-cepat sapukan krim Herbal Blend supaya tak melarat. Dan hasilnya sungguh memuaskan! Untuk eczema pun sesuai jugak tau..cepat je ruam tu hilang.

2. Melembutkan tumit dan merawat tumit pecah
Masalah tumit pecah sememangnya memalukan. Masalah tumit kering dan pecah bukan sahaja berlaku kepada orang tua, tapi sesiapa sahaja boleh mendapat masalah ini. Lebih-lebih lagi jika seseorang itu banyak berdiri dan berjalan. ena juga pernah mengalami tumit pecah dan merekah. Jadi, ena menggunakan krim Herbal Blend untuk disapu pada tumit setiap hari..dan hasilnya, Alhamdulillah :-)

3. Ubat luka atau melecur
Tak sangka pulak, Herbal Blend pun boleh digunakan untuk menggantikan minyak gamat. Seeloknya kena ada satu Herbal blend dalam setiap rumah, bila ada luka je, cepat baik. Untuk luka, kesan calar akibat cakaran kucing atau terkena benda panas. Semua pun boleh...macam tak percaya je kan? Kalau nak tahu, cubalah sendiri..

4. Luka pada puting bagi ibu-ibu menyusu
Luka pada puting akibat gigitan si kecil? Huhu..pedihnya, Allah je yang tau. untuk ibu-ibu yang sedang menyusukan anak, Herbal Blend dapat membantu untuk merawat luka tersebut. Cepat je kering tau..Lagi pun, Herbal blend ni sangat natural, jadi janganlah risau.. Ia tiada bahan kimia dan ia dijamin selamat untuk semua.

5. Menghilangkan parut
Kalau ada parut akibat chicken pox atau campak, cuba sapukan herbal blend. InsyaAllah parut akan pudar dan menghilang entah ke mana...

6. Ruam pada bayi
Bayi sememangnya senang terkena ruam, terutamanya ruam lampin. Adakalnya sampai melarat-larat. macam ena dulu, bermacam-macam krim ena cuba. Masa tu kesian sangat coz tak kenal lagi Herbal Blend. Terpaksalah bagi krim yang ada steroid bagai. Tapi lepas-lepas ni, tak mau lagi dah. Herbal blend kan ada..Jangan tak tau, Herbal Blend mampu melegakan rasa pedih dan insyaAllah akan merawat ruam lampin tersebut.

7. Losyen harian
ena juga gunakan Herbal Blend sebagai losyen harian. Supaya tangan sentiasa lembut.. Herbal Blend tidak berminyak. Jadi sememangnya nyaman dan selesa.

Kenapa saya harus pilih Herbal Blend?
Herbal Blend diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi (horse chestnut, bunga yarrow, daun sage, dan juga rosemary). Ia telah diuji secara klinikal bagi melembutkan kulit yang kasar dan pecah-pecah, seperti tumit, lutut dan siku. Ia dingin, bermentol dan tidak berminyak.

--umar dengan herbal blend cream memang tak dapat dipisahkan--


Berminat?
Cepat-cepat hubungi Ena =)

Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

No comments:

Post a Comment

Terima kasih dan Sudi Singgah Lagi =)