Showing posts with label b complex. Show all posts
Showing posts with label b complex. Show all posts

Monday, 20 October 2014

Rahsia kulit cantik tanpa make-up

--kulit cantik idaman semua orang--
kulit cantik...keyakinan diri kita bertambah
suami pun makin sayang =)
me with mr.hubby


Bila pakai make-up ni..memang cantik! Tapi sayangnya..kulit nampak cantik tapi hanya sementara je. Lagilah leceh bila nak solat..terpaksa basuh muka bersih-bersih dan kalau rajin..lepas solat, pakai semula hehehe.. Dulu-dulu waktu zaman anak dara rajin la jugak saya pakai make-up..tapi bila dah ada anak kecik ni..semua nak cepat! Takde masa nak make-up bagai ni. Paling hebat pun sebelum keluar jenjalan tu je pakai..lepas dah solat..tepek bedak simple2 je hehe.. Lepas tu, saya selalu berangan..dan memang teringin nak dapat kulit yang cantik tanpa perlu make-up. Fuh.. jimat dah tak payah beli barang make-up kan?

Lepas saya amalkan vitamin Shaklee ni, memang saya jarang sangat pakai make up. Paling tak pun..tepek bedak nipis2 dengan lip gloss je. Siap!!! No more eye shadow bagai or foundation bagai ;p Nak kata kulit saya cantik sangat taklah sampai saya tak suka..kulit yang dulunya BERJERAWAT!!! Huhuhuh..stress betul tau kulit BERJERAWAT ni. So, setiap masa nak kena touch up muka dengan bedak supaya tak nampak JERAWAT TIMBUL DAN BEKAS JERAWAT! 

Tapi lepas amalkan vitamin untuk kulit cantik ni, Alhamdulillah..tekstur kulit saya makin elok..rasa lembut, halus, dah kurang jerawat dan parut jerawat dan kulit muka tetap rasa lembap je..wink!!..wink!! Suka tau bila orang tersayang puji.

Apa yang saya amalkan? Taraaaaa!!! :)




Berminat?
Cepat-cepat hubungi Ena =)


Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Tuesday, 23 September 2014

Tips Miliki Kulit Pipi Merah Semulajadi




impian nak milik pipi merah semulajadi
memang dambaan setiap wanita
tak kiralah secara dalaman atau luran
kalau luaran bertong-tong ubat dan vitamin makan tapi tetap jugak pucat lesi
secara luaran dah guna pelbagai jenis alatan make-up
tetang cenggitu jugak
geram kan....

ok jom baca tips yang ena kongsikan bersama nie
Tips miliki kulit pipi merah semulajadi =)




Sejumlah wanita sangat suka jika pipinya kelihatan merah merona kerana membuatnya jadi kelihatan lebih cantik. Anda boleh tampil cantik dan sempurna seperti memakai blusher. Tetapi, bagaimana cara yang tepat untuk melakukan nya. Bagi yang tidak mahir akan menghadapi masalah, silap haribulan muka jadi comot dan semakin teruk penampilan wajah anda. Oleh itu berikut adalah cara agar pipi merah merona secara semulajadi.

Jika anda menginginkan pipi merah jambu secara semulajadi dan kulit cerah bercahaya lebih lama dan tidak menyusahkan anda, jom kita ikuti beberapa tips berikut.


Mempunyai Kulit Yang Lembab
Kulit anda akan kelihatan lebih bercahaya dan merah jambu bila anda selalu menjaga kelembapannya, dengan mengamalkan minum banyak air setiap hari dan jauhi dari produk kosmetik yang membuat kulit semakin kering. Semtiasa menggunakan pelembap yang sesuai untuk kulit wajah anda agar kelembapan pada wajah tidak cepat hilang.

Urut Wajah
Peredaran darah yang merata pada wajah sangat penting untuk menjaga kulit wajah sihat dan berseri. Jika anda menginginkan pipi merah semulajadi, anda anda boleh mengurut wajah. Urutlah wajah dengan gerakan melingkar keatas ketika membersihkan wajah dengan pembersih yang lembut. Anda juga dapat mencuba mengurut menggunakan minyak zaitun agar wajah berseri dan pipi merah merona.

Cubit pipi
Untuk tampak lebih semulajadi, tip mencubit kedua-dua belah pipi membantu anda mempunyai pipi yang kemerahan semulajadi tanpa sebarang solekan. Mencubit bukan bermakna anda perlu mencubit sekuat-kuatnya tetapi tip ini membantu anda yang tidak gemar menggunakan pemerah pipi.

Masker Timun
Timun kaya dengan antioksida semulajadi dan vitamin C. Kandungan nutrisi pada Timun dapat mencerahkan kulit dan mengangkat sel-sel kulit mati. Selain itu Timun dapat mengurangkan bintik hitam dan lingkaran gelap bawah mata. Jadikan Timun sebagai masker untuk merawat wajah anda. Cara nya sangat mudah, hancurkan Timun sehingga hancur dan ratakan pada wajah yang sudah dibersihkan. Tunggu beberapa minit hingga air timun kering, lalu bersihkan dengan air dingin.

Masker Buah Tomato
Buah bulat merah ini kaya dengan nutrisi yang diperlukan untuk wajah. Cara pantas untuk membuat wajah nampak lebih cerah dan pipi merah merona adalah dengan menggunakan masker tomato. Untuk membuat masker buah tomato, hancurkan buah tomato. Selepas itu buah tomato tersebut boleh diletakkan ke wajah selama 10 minit dan sesudah itu bilas dengan air dingin.

Ketimun
Ketimun kaya akan antioksidan alami dan vitamin C. Kandungan nutrisi pada ketimun dapat mencerahkan kulit dan mengangkat sel-sel kulit mati. Selain itu ketimun dapat memudarkan noda hitam dan lingkaran gelap pada bawah mata. Jadikan ketimun sebagai masker alami untuk merawat wajah anda. Caranya sangat sederhana: hancurkan ketimun secukupnya hingga berbentuk bubur dan oleskan pada wajah yang sudah dibersihkan. Tunggu beberapa menit hingga air ketimun kering, lalu bersihkan dengan air dingin.

Minum banyak air kosong
Bayangkan jika pokok tanpa air, pastinya ia akan menjadi pokok yang layu! Begitu juga dengan manusia. Tanpa air, kulit akan kering dan cepat kusam. Sediakan botol air yang besar di atas meja anda setiap hari untuk menghidrasi organ dalaman serta otak untuk menjadikan anda lebih segar.

Guna air ais
Membasuh wajah dengan air sejuk membantu ‘mengejutkan’ kulit anda yang letih dan tidak bermaya. Orang dulu-dulu menggunakan air kaki bukit yang sejuk untuk membasuh muka. Disebabkan itu kulit wajah mereka kekal anjal dan muda. Untuk elak mata bengkak tanpa solek, gunakan belakang sudu yang telah dimasukkan ke dalam peti ais.

Nutrisi yang cukup
Selalunya anda selalu memilih makanan yang anda ambik seharian. Makanan yang kaya dengan mineral dan vitamin bagus untuk kesihatan kulit. Makanan jenis ini harus anda titikberatkan dalam menu makanan anda. Pilih makanan yang banyak mengandung vitamin C dan E.

dan Ena boleh syorkan multivitamin iaitu Vitalea, insya Allah pengambilan konsisten 2 biji sehari boleh membuatkan wajah anda berseri dan pipi pink seperti pakai blusher. Dan perlu diketahui dalam vitalea juga mengandungi Vitamin C dan E. Atau nak pernambahan boleh tambah Vitamin C dan Vitamin E.
Hasil pasti in sya Allah kebaboommm.


nak lihat hasil pada diri ena

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

--my selft--


Berminat?
Cepat-cepat hubungi Ena =)


Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Friday, 19 September 2014

Tips Dapatkan Kulit Cantik Macam Orang Korea


mr.hubby cakap muka ena ada iras-ira pelakon Angel Eye
hehehehe ada ker...
apa yang penting nak kulit muka cantik macam artis korea
ena boleh anda semua pasti boleh jugak =)


Suka tengok kulit orang Korea? Nak kulit jadi cantik macam orang Korea? Mesti ramai nak kan. Yelah, putih, gebu, flawless, glowing dan berseri-seri. Lagi-lagi bila tengok drama Korea, rasa terbayang-bayang diri sendiri dalam drama kan?

Bukan mudah nak kulit putih cantik macam Korea. Cuaca kita panas, cuaca mereka sejuk. Kita makan berminyak-minyak, mereka makan yang kukus-kukus rebus je. Tapi ianya bukanlah mustahil. Masih ada harapan dan caranya. Cuma janganlah guna cara yang salah. Cara 'instant', sapu-sapu 2 ke 3 hari muka dah glowing sungguh. Kalau letak tangan sebelah dengan muka, macam warna tahi cicak. Perubahan ketara, tapi ada kesan buruknya.

Produk pemutih yang segera biasanya ada merkuri. Merkuri ini bahaya. Boleh menyebabkan lapisan awal kulit rosak. Dan meninggalkan kesan biji-biji merah dan kemudiannya bertukar menjadi hitam. Impian nak berkulitkan seputih orang Korea akan hancur, kerana keputusan dan tindakan yang kurang bijak. Taknak lah jadi macam nie kan...hasil nak cepat tapi makan diri sendiri.



cantikkan kulit orang korea

Berikut adalah cara-cara untuk mendapatkan kulit cantik macam orang Korea tanpa guna krim pemutih merkuri:


1-Rawat Kulit Pagi Dan Malam
Paling basic cucilah muka dengan pencuci muka yang sesuai. Jika memakai make up, tanggalkan make up menggunakan make up remover atau baby oil. Pastikan tiada yang tertinggal. Semasa mencuci muka, urutan muka dengan perlahan-lahan. Bagi melancarkan perjalanan darah pada bahagian muka.


2-Pemakanan Yang Sihat
Makanan yang mengandungi lemak dan garam yang tinggi boleh memberikan kesan tidak baik pada kulit muka. Jadi cuba sebaik mungkin untuk kurangkan pengambilannya. Boleh gantikan dengan makanan yang lebih sihat. Seperti masakan cara kukus, rebus atau panggang. Dan paling penting, pastikan seimbang. Serat adalah satu unsur yang penting. Ia membawa keluar toksik dari dalam badan. Toksik yang berlebihan boleh beri akibat pada kulit, terutama kulit muka.
Serat boleh didapati dari sayuran dan buah-buah. Atau boleh mengambil pelengkap makanan tambahan seperti Alfalfa Complex Shaklee.


3-Tidur Dengan Baik
Enjoy masa tidurmu. Tidurlah sekurang-kurangnya 6 jam sehari. Dapatkan tidur yang berkualiti. Iaitu jauh dari sebarang gangguan. Simpan telefon. Tutuplah televisyen. Elakkan fikir masalah sebelum tidur. Makin banyak masalah, makin banyak kerutan yang terhasil. Akhirnya, kulit muka akan kedut seribu.
Dan, tutupkan lampu ketika tidur. Ia akan menghasilkan hormon baik untuk beri pertahanan pada tubuh badan. Sekaligus menjaga sel-sel badan dari rosak.


4-Pengambilan Vitamin dan Mineral
Sumber terbaik adalah dari buah-buahan dan sayuran. Tapi malangnya, di zaman ini, agak sukar mendapat sayur dan buah yang segar. Jadi untuk melengkapkan khasiat ini, ambil makanan tambahan. Seperti Sustained Vita C Shaklee, satu tablet bersamaan dengan 7.5 buah oren. Vitamin C umum ketahui sangat baik untuk kulit. Menjadikan kulit kurang cela, tona sekata dan bersih.
Atau Vitamin E Complex, tinggi dengan kandungan anti-oksidan. Memulihkan kesan atau parut hitam akibat jerawat. Energizing Soy Protein (ESP) juga amat baik untuk kulit. Ia membantu meransangkan pertumbuhan sel-sel baru pada kulit. Jadi sel-sel rosak dan mati akan digantikan segera. Kesannya kulit tidak kering, nampak lembap dan gebu.


Kulit yang cantik dari dalam adalah semulajadi. Dari kulit yang dipakaikan bedak dan make up. Usah berselindung di balik make up. Hadapilah masalah kulit. Dan cubalah untuk membaiki kulit yang rosak. Impian dapat kulit cantik macam orang Korea, masih boleh dijadikan kenyataan.



Berminat??
Cepat-cepat hubungi Ena =)

Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

Tuesday, 19 August 2014

Set Bersalin Shaklee Normal atau Czer Pilihan No.1 untuk Ibu Berpantang

Terima soalan dari Pelanggan : Boleh ker set bersalin shaklee nie digunakan untuk yang bersalin czer?

Jawapannya : sudah tentulah BOLEH =)

Set Bersalin Shaklee adalah antara set berpantang yang menjadi kegemaran ibu-ibu pada masa kini baik ibu yang bersalin Normal atau yang bersalin menerusi Pembedahan. Set ini merupakan Set Bersalin Terbaik dan Selamat untuk digunakan oleh ibu Berpantang dan Menyusu tanpa memberikan kesan yang memudaratkan buat ibu dan juga bayi. Malah set bersalin shaklee ini membantu ibu dan bayi lebih sihat.


Untuk memudahkan anda, saya kongsikan 5 soalan popular tentang Set Bersalin Shaklee.

1. Adakah sesuai untuk yang Bersalin Pembedahan?
Set Bersalin ini sangat bagus untuk ibu bersalin secara pembedahan apatah lagi normal.


2. Bilakah boleh mula makan Set Bersalin?
Sebaik sahaja bersalin boleh terus makan set bersalin ini untuk memberikan tenaga dan membantu penyusuan.

3. Adakah selamat untuk ibu dan bayi menyusu?
Set Bersalin Shaklee dihasilkan daripada bahan-bahan semulajadi. Ianya dijamin 100% selamat untuk ibu dan bayi yang menyusu. Ia juga mendapat kelulusan KKM dan halal.


4. Berapa Harga Set Bersalin Shaklee ?
Terdapat 3 pilihan untuk Set Bersalin Shaklee . Ia boleh digunakan selama 3-4 bulan, malah ada yang tahan sehingga 6 bulan.
Set Asas – RM268 ( hanya RM67 sebulan)
Set Extra – RM479 (hanya RM119 sebulan)
Set Premium – RM584(hanya RM146 sebulan)
Nak dapatkan pada harga lebih murah dan jimat? Boleh terus hubungi saya, Ena (01-2449373)

5. Bolehkah nak beli dengan harga ahli?
Sangat boleh. Dapatkan Produk Shaklee pada Harga Ahli di sini.


Set Bersalin Shaklee dibahagikan kepada 3 pakej kombinasi pilihan mengikut kesesuaian keperluan Ibu Berpantang dan juga budget masing-masing. 3 Pakej Set Bersalin Shaklee adalah Set Asas (Rawatan Dalaman), Set Extra (Rawatan Dalaman + Penyusuan) dan Set Premium (Rawatan Dalaman + Penyusuan + Kekal Ramping).




Set Bersalin Shaklee – Set Asas adalah satu kombinasi produk shaklee yang saling melengkapi bagi memenuhi keperluan perawatan dalaman yang optimum bagi ibu-ibu selepas bersalin. Set Bersalin Shaklee – Set Asas mengandungi 4 produk Vitamin Shaklee yang diakui dan mendapat kepercayaan dari ibu-ibu berpantang di Malaysia.



Set Bersalin Shaklee – Set Extra adalah satu kombinasi Set Bersalin Shaklee - Set Asas yang ditambah dengan 2 suplemen yang sangat baik dalam membantu dan menyokong keperluan Nutrisi Ibu Yang Menyusu, di samping memenuhi keperluan perawatan dalaman yang optimum bagi ibu-ibu selepas bersalin. Set Bersalin Shaklee – Set Extra mengandungi 6 produk Vitamin Shaklee yang diakui dan mendapat kepercayaan dari ibu-ibu berpantang di Malaysia.




Set Bersalin Shaklee – Set Premium adalah satu kombinasi Set Bersalin Shaklee - Set Extra yang ditambah dengan 2 suplemen yang sangat efektif bagi menurunkan berat badan dengan cara sihat dan selamat tanpa menjejaskan penyusuan susu ibu, di samping memenuhi keperluan perawatan dalaman yang optimum bagi ibu-ibu selepas bersalin. Set Bersalin Shaklee – Set Premium mengandungi 8 produk Vitamin Shaklee yang diakui dan mendapat kepercayaan dari ibu-ibu berpantang di Malaysia.



Fungsi Dan Kebaikan Set Bersalin Shaklee


1.Vitamin B Complex Dengan Asid Folik
Vitamin B Complex berfungsi melegakan sistem saraf dan memberikan ketenangan kepada seluruh sistem badan. Mengelakkan stress dan meroyan di kalangan ibu berpantang. Membantu meningkatkan pembentukan sel darah merah. Menukarkan makanan yang diambil kepada tenaga, ibu akan lebih bertenaga serta menghindari kegemukan sebab kalori dari makanan tidak tersimpan dalam badan. Memelihara kulit dan lapisan-lapisan kulit dan menstabilkan penghasilan melanin, hasilnya kulit makin lembut dan cerah. Pengambilan yang konsisten akan mengurangkan tanda regangan kulit – stretch marks.



2.VitaLea (Multivitamin)
Vitalea sangat penting untuk ibu berpantang. Membekalkan 23 vitamin dan mineral yang sangat diperlukan oleh tubuh tapi sukar di dapati semasa berpantang sebab banyak makanan yang perlu dielakkan. Disaluti spirulina yang kaya dengan vitamin dan mineral. Mengandungi zat besi, elemen yang paling diperlukan unuk penghasilan darah merah untuk menggantikan darah yang hilang semasa bersalin serta mengelakkan pucat dan tidak bermaya.



3.Vitamin C

Vitamin C mengandungi elemen penyembuhan dan lekatan yang bertindak sebagai pencantum dan penyumbuh luka. Membaik pulih sel dan tisu yang rosak. Meningkatkan imuniti sistem pertahanan badan, faedah ini akan turut mengalir dalam susu badan dan bayi juga akan mendapat manfaatnya. Membantu pembentukan kolagen, menganjalkan kulit. Mengandungi BioFlavonoid yang berfungsi mencantikkan dan mencerahkan kulit, pengambilan secara konsisten dan berterusan akan mengurangkan stretch marks dan parut. Sebiji Vitamin C bersamaan dengan 7 biji buah oren.


4.Zink

Zink paling penting dalam proses pemulihan luka, bersama-sama dengan iamin C dan Protein. Mambaik pulih luka jahitan dan kerosakan tisu dalaman. Ikan haruan kaya dengan Zink sebab itu pengambilannya sangat digalakkan semasa berpantang. Namun harga ikan haruan yang mahal disesetengah kawasan, sukar diperolehi serta rasanya yang agak hanyir membuatkan pengambilannya sering diabaikan oleh ibu zaman moden ketika ini. Oleh itu, pengambilan Zink dalam bentuk tablet adalah solusi yang terbaik. Zink juga sebagai penggalak keinginan seksual, dapat mengatasi masalah kedinginan dalam hubungan intim suami isteri selepas tempoh berpantang.



5.ESP – Susu Soya Protein

ESP Susu Soya Protein baik untuk penghasilan susu yang banyak serta tinggi kandungan antibodi. Ibu Berpantang dan Ibu Menyusu digalakkan mengambil ESP Susu Soya Protein. Pengambilannya sangat membantu dalam pemulihan luka luaran dan dalaman. Mencantikkan kulit. Memejalkan otot. Membantu dalam penurunan berat badan. Membantu menambah penghasilan susu ibu. Membekalkan tenaga dan kecergasan badan.


6.Ostematrix (Kalsium)

Ostematrix adalah kalsium. Bagi ibu yang banyak mengalami luka jahitan bersalin, selalunya berasa takut, fobia atau kurang selesa untuk meneran, terutamanya ketika ingin membuang air besar mahupun air kecil. Pengambilan Ostematrix sangat membantu pergerakan usus bagi menghindari masalah sembelit. Melegakan segala kekejangan otot akibat duduk terlalu lama di kalangan ibu berpantang. Merehatkan otot dan saraf semasa sedang tidur dan ibu akan berasa sangat segar bila bangun pagi. Memenuhi keperluan kalsium untuk tulang, otot dan gigi,mengelakkan kejadian rosak gigi serta kerapuhan tulang. Membantu penghasilan susu ibu yang banyak. Perlu diketahui bahawa Kalsium adalah antara komponen yang penting dalam penghasilan susu ibu.



7.Lecithin

Lecithin Shaklee mengandungi 13 kebaikan untuk kesihatan manusia. Mengandungi choline untuk kecergasan akal. Ibu yang mengambil Lecithin Shaklee semasa menyusu akan mengalirkan choline yang sangat baik untuk otak kepada bayi yang menyusu. Lecithin Shaklee akan memecahkan molekul asid lemak kepada rantaian yang halus dan mudah untuk diemulsi.



8.Alfalfa

Alfalfa Shaklee merupakan tumbuhan yang mengandungi terlalu banyak manfaat kesihatan. Kaya dengan serat, protein, amino asid, klorofil, 15 zat galian, 10 vitamin, 8 enzim dan fitokimia. Memerangkap lemak yang telah dicairkan oleh Lecithin dan akan membawa keluar dari badan. Juga merupakan galactagogue iaitu herba membanyakkan penghasilan susu ibu.


Kesimpulannya Set Bersalin Shaklee diakui dapat memenuhi keperluan ibu berpantang bagi tujuan pemulihan dalaman yang optimum selepas bersalin. Selain itu, Set Bersalin Shaklee juga adalah Set Bersalin yang menjimatkan bagi ibu-ibu kerana ia bukan sahaja untuk kegunaan semasa berpantang, TETAPI ia juga boleh dimulakan semasa kehamilan dan diteruskan selepas berpantang. Ini bermakna kegunaannya tidak terhad semasa berpantang sahaja. Set yang boleh digunakan sepanjang masa adalah sangat berbaloi untuk wang dan juga kesihatan ibu-ibu semua.


Berminat?
Cepat-cepat hubungi Ena =)

Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)