Monday 24 November 2014

Tips Memerahkan Bibir Secara Semulajadi

Tahukah anda bahawa pemakaian gincu dengan terus menerus boleh mengakibatkan bibir menjadi gelap dan kusam? Kaum wanita pastinya menginginkan bibir yang merah dan sihat. Dengan pemakaian gincu pastinya ia satu jalan singkat untuk mendapatkan bibir berona merah menyala namun ia sebenarnya lagi menggelapkan bibir.



Jom cuba tips untuk mendapatkan bibir rona merah secara semulajadi dan sihat dengan cara sihat ini.
jommmm


Minyak Zaitun
Pastikan anda membersihkan bibir anda dari kesan gincu terlebih dahulu. Kemudian campurkan madu atau gula dengan beberapa titik minyak zaitun. Oleskan campuran minyak zaitun tadi pada bibir. Tunggu beberapa minit dan bilas sehingga bersih.

Mentega
Mentega mempunyai khasiat yang bagus untuk mendapatkan bibir merah secara semulajadi. Oles sedikit mentega pada atas bibir dengan rata. Amalkan sebelum pada waktu malam sebelum tidur.

Air Mawar
Air mawar boleh memberikan bibir kemerah-merahan secara semulajadi. Usapkan air mawar pada bibir pada waktu malam sebelum tidur dan amalkannya setiap hari.

Kunyit
Kunyit juga boleh memerahkan bibir yang kusam secara semulajadi. Campurkan serbuk kunyit dengan satu senduk susu dna gaul. Setelah itu oleskan rata campuran tersebut pada bibir selama lima minit dan kemudian dengan air.

Hindar kebiasaan menjilat bibir
Elakkan dari terbiasa menjilat bibir kerana sebenarnya ia lebih cepat membuatkan bibir kering dan kelihatan pucat. Sekaligus merah bibir akan memudar.

Jauhi kafein dan rokok
Sebolehnya kurangkan mengambil minuman yang berkafein seperti kopi serta cuba untuk berhenti merokok. Ini kerana kedua – dua punca ini boleh menyebabkan bibir mudah gelap.

Daun Ketumbar
Hiris halus daun ketumbar dan campurkan dengan sedikit air yang cukup. Oles lembut pada bibir dan biarkannya selama 20 minit. Setelah itu bersihkannya dengan air suam.

Madu
Sapukan rata madu ke atas bibir dengan lembut dan biarkan ia selama 15 minit. Kemudian, cuci dengan air suam. Lakukannya setiap hari sebagai rutin harian kerana ia mampu memerahkan kembali bibir.

Untuk penjagaan dalaman, anda boleh mengamalkan pengambilan Collagen Powder Shaklee. Insyaa Allah pengambilan secara konsisten akan membuatkan bibir dan wajah anda kemerah-merahan.


Berminat?
Cepat-cepat hubungi Ena =)


Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

1 comment:

Terima kasih dan Sudi Singgah Lagi =)