Monday 24 November 2014

Turunkan 2kg Dalam 2 Minggu


Ramai yang cuba untuk menurunkan berat badan dan mahukan keputusan segera. 
Namun tidak semua dari kita dilahirkan dengan tahap metabolik yang tinggi untuk membakar lemak dengan mudah dan perlu berusaha lebih sedikit dari mereka yang sememangnya langsing dan bersusuk ramping.

Ada beberapa cara yang boleh kita cuba bersama dan mungkin dapat mengurangkan 2kg dalam masa dua minggu sekiranya anda betul-betul disiplin dengan panduan yang dicadangkan.

Jom kita baca =)


1. Pemakanan
Pengambilan makanan adalah kunci dalam usaha mengurangkan berat badan, jadi cuba kembali kepada pemakanan asas selama 14 hari. Pilih menu seperti orang zaman dahulu yang tidak terdedah kepada makanan yang diproses atau mengandungi bahan pengawet. Jadi makanlah sebanyak mungkin ayam, daging lembu, ikan dan sayur-sayuran yang dimasak tanpa minyak, dipanggang atau gril. Sebaiknya pilihan bahan mentah organik adalah lebih bagus.

2. Senaman
Untuk meningkatkan tahap metabolisme bagi lapan jam berikutnya, cuba rutin senaman 4 hari seminggu selama 40 minit dengan mesin gim seperti treadmill, basikal atau cross trainer. Mulakan dengan warm-up kemudian menambah tahap intensiti setiap tiga minit (hingga capai tahap tertinggi yang mampu) berselang dengan menurunkan tahap intensiti setiap tiga minit sehingga anda selesai 40 minit itu. (sila dapatkan nasihat doktor bergantung pada tahap kesihatan anda)

3. Aktiviti
Membakar kalori dengan pergerakan adalah cara terbaik untuk memasukkan aktiviti dalam rutin harian. Semudah parkir kereta lebih jauh supaya dapat berjalan lebih atau turun bas/teksi beberapa minit sebelum tiba destinasi. Naik turun tangga dan bukan lif jika destinasi hanya satu atau dua tingkat tingginya. Selain itu boleh bakar kalori dengan aktiviti dirumah seperti menyapu atau menyelia taman. Juga disarankan bangun dari tempat duduk (sofa di rumah atau kerusi pejabat) setiap 30 minit – jika lupa pasang penggera pada jam telefon.

4. Tidur
Semudah dapatkan tidur secukupnya selama lapan jam. Kajian menunjukkan kekurangan tidur meningkatkan rembesanghrelin (sejenis hormon yang terbentuk dalam perut dan buah pinggang) menyebabkan seseorang itu mudah berasa lapar. Pastikan juga ada kitaran tidur yang tetap dan rehat secukupnya (unwind) sebelum masuk tidur.

5. Zat Ekstra
Tambahan kepada kawalan pemakanan dan gaya hidup sihat, pengambilan supplement seperti Omega 3, Vitamin D dan L Carnitine dapat membantu mengurangkan lemak serta usaha yang dicurahkan dalam masa dua minggu ini.

*Disarankan untuk mendapatkan nasihat pakar sebelum menjalani program intensif seperti doktor peribadi mengenai nutrisi dan jurulatih profesional mengenai rutin senaman




Omega 3 Shaklee Bantu Turunkan Berat Badan
Bagusnya khasiat Omega Guard Shaklee ni, omega 3 yang terkandung dalam Omega Guard Shaklee juga membantu menurunkan berat badan dengan efektif. Sambil kurangkan kolestrol, sihatkan jantung, boleh turunkan berat badan dengan omega 3.


Kita memerlukan sumber omega 3 kerana tubuh kita tidak dapat menghasilakn EPA dan DHA yang terkandung dalam omega 3. Pengambilan supplement Omega Guard setiap hari membantu menyokong keperluan omega 3 harian anda terutamanya untuk menjayakan misi menurunkan berat badan.

Bagaimana Omega 3 Dapat Bantu Menurunkan Berat Badan?
Omega 3 berperanan meningkatkan aliran darah dalam badan ke otot semasa bersenam dan membantu meransang enzim yang membawa lemak yang tersimpan dan kemudian tukarkan menjadi tenaga dan seterusnya turunkan berat badan anda secara tidak langsung

Kebanyakkan kita tidak mampu mengambil jumlah Omega 3 yang mencukupi berbanding orang eskimo yang sememangnya ikan merupakan makanan ruji mereka. Oleh itu, pengambilan supplement Omega 3 membantu anda mendapatkan jumlah Omega 3 yang diperlukan oleh tubuh untuk membakar lemak yang tersimpan dalam tubuh anda.

Kadar obesiti di negara-negara Norway dan jepun yang rakyatnya gemar menikmati ikan adalah lebih rendah berbanding negara-negara lain kerana diet mereka kaya dengan Omega 3.

Pengambilan konsisten Omega 3 juga membantu meneutralkan masalah hormon leptin anda yang memberi isyarat lapar dan kenyang kepada otak. Tanpa anda sedari, hormon leptin yang tidak berfungsi dengan baik gagal memberi isyarat lapar dan kenyang dengan baik ke otak dan menyebabkan kita terus mengambil makanan walaupun sebenarnya tubuh perlukan tambahan air bukan makanan.

Masalah hormon leptin yang gagal berfungi dengan baik inilah antara sebab kenapa anda yang sedang berdiet gagal turunkan berat badan.

Memilih Supplement Omega 3 Yang Selamat 

Omega Guard Shaklee mengandungi 7 jenis asid lemak Omega 3. Selain itu, Omega Guard Shaklee sangat selamat untuk anak-anak dan keluarga kerana bebas dari bahan berbahaya seperti plumbum, merkuri dan toksik. Tambahan Omega Guard Shaklee tidak dihasilkan daripada minyak hati ikan yang mengandungi toksik.

Berminat?
Cepat-cepat hubungi Ena =)

Berminat dengan sebarang Vitamin Shaklee boleh hubungi Ena : 012 2449373 (whatsapp)

No comments:

Post a Comment

Terima kasih dan Sudi Singgah Lagi =)